Filem mengenai lima kisah cinta moden dengan metropolitan Kuala Lumpur sebagai background. Different love stories, watak2 yang berkaitan antara satu sama lain secara kebetulan dan lokasi..
my favourite scene,
setiap shot ada maknanya... Sampah yang jatuh dari atas. Siling yang jatuh dari atas. Banglo yang terbengkalai. Paku yang tidak boleh guna.
Gandingan Rita Rudaini (Airin) dan Rashidi Ishak(Harris) benar-benar menyentuh perasaan. Cerita Cinta paling berkesan.
Pelakon kanak-kanak (alissa) yang berlakon sebagai anak pasangan ini menyentap hati dan dengan deras air mata mengalir membasahi pipi.
Harris kecewa ditinggalkan oleh Airin. Harris berdiri keseorangan memandang ke atas. Hujan turun. Pandangan dari sisi Harris mendongak sambil hujan membasahi mukanya begitu cantik. Selepas itu, lakaran banglo barunya luntur.
Adegan imbas kembali saat-saat manis Harris dan Airin dibuat terlampau manis. Imej di bawah selimut begitu manis dan mampu membuatkan bibir tersenyum...
cinta sebenar adalah melepaskan orang tersayang pergi buat selamanya...
mampukah kamu memiliki cinta yang dicari atau cinta tulus sejati....
sejauh manakah pengorbanan kamu kerna cinta..
adakah cinta perlu berakhir bila usia semakin meningkat...
Have u been in loved?
How's your love?
What is your comment about love... CINTA
Bring your loved ones and enjoy watching CINTA..